Friday, 27 May 2011

I ♥ MONEY !!!


♥ MONEY!!! Itu lah slogan yang telah digunakan oleh Guru saya Prof. Dato Dr. Ibrahim Ahmad, pengasas Millionaire Mind Power (MMP) kepada semua anak didik beliau sebagai salah satu saranan untuk membakar semangat. Saya telah mengenali MMP bermula dengan mengikuti Workshop dan Kursus MMP di MITC Melaka. Kemudian saya meneruskan kepada tahap yang lebih tinggi, Kursus Reiki Master di King Hotel, Melaka. 

Dato telah banyak mengajar saya tentang erti kehidupan. Oleh itu, sebagai tanda penghargaan saya kepada beliau saya telah menghadiahkan sekotak coklat kepadanya semasa Kursus Reiki Master Healer di Awana Genting Highland baru2 ini. Walaupun tidaklah seberapa tetapi ianya datang dari hati yang ikhlas dan beliau telah pun telah menerimanya dengan sebuah senyuman yang manis serta ucapan terima kasih. Itu sudah cukup bagi saya. Terima kasih kerana telah mendidik dan memberi nasihat yang amat berguna. Insya'Allah, segala ilmu yang diturunkan akan sentiasa diamalkan dalam kehidupan dan hanya digunakan untuk tujuan kebaikan.

2 comments: